Latihan Keusahawanan Bersama Pelajar Giat Mara – Videografi dan Content Creator
19 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada 18 Oktober 2024 (Jumaat) – NADI Putrajaya telah meneruskan sesi pembelajaran bagi modul yang ketiga - Videography & Content Creator. Pada sesi kali ini, seramai 8 orang pelajar yang terdiri daripada 2 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan telah hadir. Latihan ini diadakan selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Petugas daripada NADI Presint 9 Fasa 3 dan NADI Presint 9 Fasa 10 turut membantu sepanjang sesi pembelajaran ini berlangsung
Dipermulaan sesi, petugas menayangkan beberapa video kesedaran mengenai oversharing dan pelajar diterangkan mengenai apa itu Oversharing dan kesan-kesan oversharing kepada mangsa. Seterusnya petugas NADI Presint 18, Puan Haryati memberi penerangan mengenai modul Videografi. Modul ini merangkumi teknik untuk menghasilkan video yang baik dan seterusnya dapat menarik minat para penonton terhadap video yang dihasilkan. Pelajar diajar cara menggunakan teknik hook (umpan), kualiti video, angle dan sebagainya. Bagi sesi seterusnya, pelajar diberikan tugasan dalam kumpulan dimana perlu menghasilkan video mengikut teknik dan tips yang telah dipelajari
Bagi sesi seterusnya, setiap hasil video pelajar dipaparkan pada skrin utama dan diberi penilaian dan komen oleh petugas. Ini dapat membantu dalam penambahbaikan pada penghasilan video mereka akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: