Latihan Asas ICT Bersama Pelajar Tabika KEMAS
3 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 02 Ogos 2024 (Jumaat) - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Presint 9 Fasa 3 dan Presint 9 Fasa 10 telah meneruskan Latihan Asas ICT Bersama KEMAS Kaktus 1. Latihan ini diadakan khusus untuk pelajar tabika yang berumur 5 dan 6 tahun. Kelas ini telah diadakan di NADI Presint 9 Fasa 3 melibatkan 25 orang pelajar yang terdiri daripada 13 orang pelajar perempuan dan 12 orang pelajar lelaki. Kelas ini telah dijalankan selama 1 jam yang bermula pada jam 9.30 pagi dan diakhiri pada jam 10.30 pagi
Aktiviti yang telah dijalankan :-
Pertama : Pengenalan asas kepada perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci melalui tayangan gambar menggunakan slide. Petugas juga menerangkan setiap fungsi dan cara menggunakannya untuk memudahkan pelajar faham
Kedua : Latihan e-pembelajaran dimana pelajar membuat latihan pembelajaran secara atas talian di laman web – abcya.com. Pelajar diminta membuat latihan - Letter & Number Tracing dan Counting Fish di komputer masing-masing
Ketiga : Aktiviti dalam kumpulan dimana pelajar diminta untuk berkumpul di skrin utama untuk latihan Matematik - operasi tambah. Pelajar dapat mengira bersama-sama dan memilih jawapan yang tepat. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video senaman Chicken Dance dan video Didi and Friends.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: