Tiny Techies dan eKelas Maxis
4 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 03 November 2024, Sabtu – NADI Presint 9 Fasa 10 telah memberi penerangan dan perkongsian mengenai NADI Lifelong Learning program – TinyTechies, kepada pelajar yang merupakan ahli NADI. Pelajar berpeluang untuk mempelajari dan mendapat pelbagai manfaat melalui pembelajaran seperti ini seperti dapat memupuk kreativiti, inovasi melalui projek dan eksperimen serta dapat membantu meningkatkan keyakinan pelajar. Modul pembelajaran merangkumi video pengajaran, nota lengkap dan kuiz
Program ini khusus untuk pelajar sekolah dan menengah iaitu,
• Tahun 4 - 5 Reka Bentuk & Teknologi (micro:bit)
• Tahun 6 Reka Bentuk & Teknologi (Robotik)
• Tingkatan 1 - 3 Asas Sains Komputer (HTML, Python, SQL)
• Tingkatan 4 - 5 Sains Komputer (Python & SQL
Bagi sesi kedua, pelajar diberi penerangan mengenai ekelas Maxis yang menawarkan kandungan belajar atas talian, aktiviti dan program menarik serta ganjaran untuk pelajar. Modul yang disediakan berasaskan video, nota dan kuiz selaras dengan sukatan pelajaran sekolah dan merangkumi 5 subjek teras iaitu Bahasa Melayu, English, Sains, Matematik, Sejarah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: