Latihan Keusahawanan – Shopee Shop
17 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 16 Februari 2024 (Jumaat) - Pelajar Giat Mara Putrajaya Batch pertama bagi tahun 2024 telah menjalani Latihan Keusahawan bagi modul Shopee Shop yang dikendalikan oleh petugas PEDi Presint 16, Puan Nur Dahiyah dan dibantu oleh petugas PEDi Presint 18, PEDi Presint 9 Fasa 3 dan PEDi Presint 9 Fasa 10.
Pada permulaan sesi, petugas memberi penerangan mengenai emarketplace yang kini semakin mendapat perhatian dan mudah menjana pendapatan. Salah satu platform yang digunakan ialah Shoppe Shop dan pada modul kali ini pelajar mempelajari cara membuka akaun, mengisi maklumat, memuatkan naik gambar produk dan sebagainya. Pelajar yang hadir berpeluang mempelajari cara-cara membuka Shopee Shop secara praktikal dan petugas PEDi membantu pelajar Giatmara Putrajaya untuk menghasilkan kedai Shopee mereka secara individual untuk memudahkan proses pembelajaran.
Latihan ini diadakan selama dua jam bermula 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 16 yang dihadiri oleh 13 orang pelajar dan seorang guru pengiring Giat Mara Putrajaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: