Latihan Pemantapan STEM/IoT – Video Editing dan Doodle
18 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 17 Februari 2024 (Sabtu) - PEDi Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan kelas latihan asas multimedia untuk pelajar sekolah menengah yang merupakan ahli PEDi dan pada sesi kali ini pelajar diberi peluang untuk menggunakan tablet sebagai pendedahan kepada peranti tersebut.
Pada permulaan sesi, peserta diminta untuk untuk menghasilkan video pendek menggunakan applikasi canva di tablet masing-masing. Petugas memberi penilaian terhadap video yang dihasilkan untuk meningkatkan pengetahuan mereka. Seterusnya peserta mempelajari cara menghasilkan Doodle dengan aplikasi Quick Draw. Cara penggunaannya juga amat mudah di mana pelajar diminta untuk melukis enam jenis imej doodle yang berbeza, dengan had masa 20 saat untuk setiap imej.
Bagi aktiviti tambahan, diadakan kuiz menguji minda menggunakan applikasi booklet. Applikasi ini adalah secara online dimana pelajar yang hadir perlu menjawab satu set soalan bersama rakan-rakan dan dipantau oleh hos. Petugas PEDi memilih soalan Pendidikan Sivik dan Rukun Negara. Pelajar perlu menjawab semua soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan nama pelajar yang mendapat markah tertinggi akan dipaparkan di skrin utama setelah mereka berjaya menjawab kesemua soalan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: