Latihan Asas ICT Bersama Pelajar Tabika KEMAS – Siri 1
13 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 12 Januari 2024 (Jumaat) – PEDi Presint 9 Fasa 3 dan PEDi Presint 9 Fasa 10 telah bekerjasama dengan Tabika KEMAS telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Pelajar Tabika KEMAS bagi siri 1 bagi tahun 2024 bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 3. Kelas ini berlangsung selama satu jam bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Seramai 20 orang pelajar daripada Kaktus 3 yang terdiri daripada 12 orang pelajar perempuan dan 8 orang pelajar lelaki.
Pada sesi awal kelas pembelajaran, petugas PEDi memberi penerangan ringkas mengenai bahagian-bahagian komputer seperti monitor, papan kekunci dan tetikus. Petugas juga menerangkan fungsi setiap bahagian komputer tersebut kepada pelajar. Pada latihan kali ini, setiap pelajar berpeluang mempelajari dan membuat aktiviti pembelajaran secara online – Adventure Man and The Counting Quest di laman web abcya.com.
Bagi aktiviti kedua, setiap pelajar diminta untuk memilih barangan yang telah disediakan dan perlu memasukkan barang tersebut ke dalam bekas air yang disediakan. Pelajar dapat melihat secara langsung hasil eksperimen tersebut samada barangan tersebut terapung atau tenggelam. Kemudian, pelajar diminta untuk berkumpul di skrin utama dimana mereka perlu membuat latihan pembelajaran secara berkumpulan. Petugas menggunakan applikasi wordwall.net dan pilihan topik pada sesi kali ini adalah tambah - tolak sehingga 20. Pelajar diminta untuk mengira dan memberikan jawapan yang tepat.
Seterusnya sesi diakhiri dengan aktiviti tambahan – tayangan video senaman, Chicken Dance dan semua pelajar diminta bersama-sama untuk melakukan senaman ini bersama petugas PEDi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: