Latihan Pemantapan STEM – DIY Mini Bakul
15 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 14 Januari 2024 (Ahad) - PEDi Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan kelas Latihan pemantapan STEM untuk ahli PEDi yang terdiri daripada 6 orang peserta lelaki. Latihan ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10.
Pada permulaan sesi, petugas PEDi menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini dimana peserta perlu menghasilkan mini bakul menggunakan bahan yang disediakan secara individu. Setiap peserta diberikan paper cup, gunting, pensil, gam dan mereka diberi masa secukupnya untuk menyiapkan tugasan tersebut. Bagi aktiviti seterusnya peserta diminta untuk membentangkan hasil bakul yang direka dan ianya bertujuan untuk membantu peserta untuk lebih yakin berkomunikasi di hadapan orang ramai.
Sebagai aktiviti tambahan, latihan pembelajaran diadakan menggunakan applikasi atas talian, Kahoot dimana peserta perlu menjawab soalan kuiz mengikut subjek – Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam. Nama peserta yang mendapat markah tertinggi akan dipaparkan di skrin utama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: