Latihan Asas ICT Bersama Pelajar Tabika KEMAS – Siri 2
20 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 19 Januari 2024 (Jumaat) – PEDi Presint 9 Fasa 3 dan PEDi Presint 9 Fasa 10 telah meneruskan kelas latihan ICT khusus untuk Pelajar Tabika KEMAS kaktus 1,2 dan 4 yang terdiri daripada 37 orang pelajar. Kelas bagi kumpulan pertama bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 10.30 pagi dan seterusnya kumpulan kedua bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi.
Seperti biasa, sebelum kelas bermula pelajar didedahkan kepada komponen komputer sebagai pendedahan awal. Pada sesi kali ini pelajar diminta untuk membuat latihan pembelajaran secara atas talian menggunakan laman web yang interaktif – abcya.com yang mengandungi pelbagai permainan pelajaran. Setiap pelajar diberi masa untuk membuat latihan Number Chart mengikut kategori bermula 0-99, 1-100 dan1-120 dimana pelajar diminta untuk menyusun nombor mengikut turutan yang betul.
Seterusnya, pelajar diminta berkumpul di hadapan skrin utama untuk melakukan Eksperimen Sains Mudah : Objek Tenggelam dan Timbul dimana pelajar perlu memilih dua jenis objek seperti batu, gunting, duit syiling, daun, pembaris dan sebagainya. Mereka diminta untuk memasukkan barangan tersebut ke dalam bekas yang mengandungi air untuk melihat samada objek tersebut tenggelam atau timbul. Aktiviti seterusnya, petugas menggunakan applikasi Wordwall.net untuk latihan pengiraan bagi subjek Matematik dan sesi diakhiri dengan aktiviti nyanyian serta senaman sebagai aktiviti tambahan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: