Program Pengenalan PEDi dan Advokasi Bersama Pelajar Giatmara Putrajaya
27 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 26 Januari 2024 (Jumaat) – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya yang terdiri daripada PEDi Presint 9 Fasa 3, PEDi Presint 9 Fasa 10, PEDi Presint 16 dan PEDi Presint 18 telah meneruskan kerjasama dengan Giatmara cawangan Putrajaya dalam Program Keusahawanan khusus untuk pelajar baru Giat Mara sesi 01/2024. Program ini akan berlangsung selama 5 bulan bermula Januari sehingga Mei 2024 merangkumi Modul - Shopee Shop, Fotografi Produk, Videografi, Tik Tok Shop, WhatApps Business dan Canva.
Program dimulakan sesi ice-breaking bersama pelajar dan seterusnya taklimat pengenalan PEDi dimana pelajar diberi pendedahan kepada peranan PEDi kepada komuniti serta usahawan yang berminat untuk meningkatkan kemahiran perniagaan. Aktiviti seterusnya tayangan video Klik Dengan Bijak – Berkongsi secara berlebihan, Maklumat Palsu dan SebenarnyaMY - Tidak Pasti Jangan Kongsi. Kemudian diadakan pertandingan Kuiz Kahoot bertujuan untuk menguji pemahaman dan pengetahuan setiap pelajar. Pada setiap akhir kuiz, nama 3 orang pelajar yang mendapat markah tertinggi akan dipaparkan di skrin utama. Petugas PEDi juga memberi penerangan mengenai Check Your Label (CYL) bertujuan untuk mendidik pelajar tentang cara mengesahkan status pensijilan peranti dan kesahihan label MCMC.
Program berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10. Program diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada pelajar yang mendapat markah tertinggi bagi kuiz kahoot dan sesi bergambar bersama pelajar Giatmara Putrajaya yang melibatkan seramai 15 orang pelajar, seorang guru pengiring Giat Mara dan 6 orang petugas PEDi Putrajaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: