Latihan Asas ICT Bersama Pelajar Tabika KEMAS
13 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 12 Julai 2024 (Jumaat) - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Presint 9 Fasa 3 dan Presint 9 Fasa 10 telah menjalankan Latihan Asas ICT Bersama KEMAS Kaktus 1. Latihan ini diadakan khusus untuk pelajar tabika yang berumur 5 dan 6 tahun. Kelas ini telah diadakan di NADI Presint 9 Fasa 3 melibatkan 21 orang pelajar yang terdiri daripada 10 orang pelajar perempuan dan 11 orang pelajar lelaki. Kelas ini telah dijalankan selama 2 jam yang bermula pada jam 9.00 pagi dan diakhiri pada jam 11.00 pagi.
Aktiviti yang telah dijalankan adalah pengenalan kepada perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci beserta fungsi dan cara menggunakannya. Selain itu, pelajar juga berpeluang melakukan aktiviti menggunakan komputer dimana pelajar diberi arahan untuk membuat latihan pembelajaran secara online. Pelajar diminta membuat latihan Alphabet Macthing, Number Chart dan Identify Shapes menggunakan laman web - www.abcya.com dan setelah selesai, pelajar diminta untuk berkumpul di skrin utama bagi aktiviti dalam kumpulan dimana mereka perlu mengira bersama-sama bagi latihan Matematik - operasi tambah. Petugas NADI menggunakan laman web www.digipuzzle.net kerana kandungan pembelajaran yang sangat interaktif dan mudah digunakan.
Bagi aktiviti seterusnya diadakan aktiviti softskils dimana pelajar diberi kertas dan pensil untuk membuat aktiviti melukis. Aktiviti ini dapat membantu memperkuatkan motor skills dan merangsang minda kanak-kanak. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video senaman dari tadika Permata MAWIP dan video Didi and Friends.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: