Latihan Keusahawanan Bersama Pelajar Giat Mara – Fotografi Produk
9 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 08 Mac 2024 (Jumaat) – PEDi Putrajaya telah meneruskan sesi pembelajaran bagi modul ke-3 Latihan Keusahawanan Bersama Pelajar Giat Mara Putrajaya sesi 1/2024. Program diadakan selama 3 jam bermula 9.30 pagi sehingga 12.30 bertempat di PEDi Presint 9 Fasa 10 yang dihadiri oleh 12 orang pelajar.
Pada sesi kali ini, peserta mempelajari teknik mengambil gambar produk, rule of third, pemilihan latar belakang, penggunaan Mini Studio dan Flatlay. Peserta juga mempelajari cara menggunakan applikasi yang boleh digunakan untuk menyunting gambar produk. Melalui modul seperti ini, peserta dapat mempelajari teknik yang betul dan berkesan dalam penghasilan gambar produk yang menarik.
Seterusnya, peserta diberikan tugasan hands on dimana perlu mengambil gambar produk mereka menggunakan Mini Studio dan Flatlay yang disediakan. Setiap pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan perlu menghantar 1 gambar Mini Studio dan 1 gambar Flatlay, seterusnya setiap hasil tugasan tersebut akan dipaparkan di skrin utama. Petugas PEDi akan memberi komen dan penilaian pada setiap gambar untuk membantu peserta lebih memahami hasil gambar tersebut. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama peserta dan petugas PEDi Putrajaya yang hadir membantu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: