Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Madani
10 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 09 Mac 2024 (Sabtu) – telah berlangsung Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Madani Bersama Komuniti Madani Putrajaya 1 Parlimen Putrajaya bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) ataupun dikenali sebagai Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 16. Program ini merupakan program kolaborasi bersama Jabatan Penerangan WPKLP (JAPEN) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan program utama ini bermula pada jam 9:00 pagi sehingga 3:00 petang.
Beberapa aktiviti telah dijalankan seperti hebahan mengenai maklumat berkenaan Pangkalan Data Utama (PADU) dan penerangan berkenaan Setahun Bersama Kerajaan MADANI kepada penduduk sekitar oleh kakitangan Jabatan Penerangan WPKLP (JAPEN), pembukaan kaunter fizikal PADU oleh agensi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan aktiviti advokasi - kuiz Klik Dengan Bijak (KDB) oleh petugas, Puan Dahiyah dan Puan Harwani. Komuniti yang hadir dan menyertai kuiz ini diberikan goodies berupakan barangan KDB.
Program ini juga merangkumi perjumpaan daripada pihak JAPEN yang diwakili oleh Encik Azri Zainal Abidin selaku Pegawai Penerangan Daerah Bukit Bintang, Seputeh dan Putrajaya bersama ahli-ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Parlimen Putrajaya yang membincangkan mengenai program-program kolaborasi yang akan dijalankan sepanjang tahun ini.
Seterusnya adalah sesi penyerahan edaran bahan penerbitan jabatan iaitu buku Setahun Bersama Kerajaan MADANI kepada wakil staff NaDi Putrajaya, Puan Dahiyah Pengurus NaDi Presint 16 selaku tuan rumah untuk program ini. Sebagai tanda penghargaan pihak NaDi turut memberi cenderahati kepada ahli-ahli MPP dan pihak JAPEN.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: