Latihan Pembelajaran - Wordwall
6 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada 05 Mei 2024 (Ahad ) - NADI Presint 9 Fasa 10 telah meneruskan kelas percuma ICT untuk ahli NADI yang terdiri daripada 3 orang peserta perempuan. Kelas ini berlangsung selama 1 jam bermula pada pukul 3.30 petang sehingga 4.30 petang. Pada sesi kali ini peserta mempelajari menggunakan satu applikasi yang dinamakan Wordwall yang merupakan salah satu permainan pembelajaran yang tersedia secara online.
Peserta diminta untuk membuat latihan bagi beberapa subjek pembelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Bagi subjek Bahasa Melayu, peserta diminta untuk membuat latihan kata kerja dan kata sendiri. Bagi subjek Bahasa Inggeris pula latihan merangkumi penggunaan kata ganti nama dan bagi subjek Pendidikan Islam, peserta membuat latihan untuk surah - surah pendek seperti Surah Al-Masad. Peserta hanya perlu memilih perkataan yang bersesuaian untuk melengkapkan ayat yang diberikan.
Latihan seperti ini dapat menguji pengetahuan peserta dan membantu mereka mengulangkaji pembelajaran dalam suasana yang interaktif. Peserta dapat melihat jumlah markah mereka berdasarkan jawapan yang betul dan tempoh masa yang mereka gunakan untuk melengkapkan latihan tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: