Latihan Keusahawanan Bersama Pelajar Giat Mara – WhatsApp Business dan Resume
11 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mei 2024 (Jumaat) - Latihan keusahawanan yang diadakan khusus untuk pelajar Giat Mara cawangan Putrajaya diteruskan dengan modul ke 5 bertempat di NADI Presint 9 Fasa 3. Latihan keusahawan pada sesi kali ini diadakan selama dua jam bermula 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari dan dihadiri oleh 12 orang pelajar.
Pada permulaan sesi, petugas NADI - Puan Harwani memberi penerangan dan berkongsi maklumat kepada pelajar merangkumi pengenalan kepada perniagaan online, tips untuk memulakan perniagaan online dan fokus utama – WhatsApp Business. Pelajar didedahkan kepada penggunaan WhatApps Business yang mempunyai pelbagai ciri khas yang dapat membantu memudahkan urusan perniagaan seperti penggunaan messaging tools, penggunaan katalog, fungsi label dan penghasilan QR code untuk perniagaan. Petugas berkongsi cara mendaftar akaun dan tayangan video yang berkaitan untuk membantu pelajar lebih memahami cara penggunaan WhatApps Business.
Bagi sesi seterusnya, pelajar mempelajari cara menghasilkan resume menggunakan applikasi Canva. Modul ini disampaikan oleh Puan Noranis yang merupakan penolong pengurus dari NADI Presint 18. Melalui modul ini, pelajar berpeluang untuk menghasilkan resume yang baik dengan cara mudah mengggunakan template yang tersedia di applikasi tersebut. Petugas memberi tunjuk ajar dan setiap pelajar diberi masa untuk menghasilkan resume secara individual. Mereka perlu menghantar resume melalui emel yang diberikan dan petugas berkongsi hasil resume setiap pelajar di skrin utama. Puan Noranis memberikan komen dan penilaian secara terbuka untuk memastikan setiap pelajar dapat melihat dengan lebih jelas kekurangan yang ada dan sekaligus dapat membantu mereka menghasilkan resume yang berkualiti.
Latihan ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama petugas NADI Putrajaya dan pelajar Giat Mara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: