Latihan Asas ICT Bersama Pelajar Tabika KEMAS
7 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada 06 September 2024 (Jumaat) – NADI Presint 9 Fasa 3 dan NADI Presint 9 Fasa 10 telah bekerjasama dengan Tabika KEMAS telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Pelajar Tabika KEMAS. Kelas ini berlangsung selama satu jam bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi bagi kumpulan pertama dan bagi kumpulan kedua bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Seramai 48 orang pelajar daripada Kaktus 1 dan 3 yang terdiri daripada 22 orang pelajar perempuan dan 26 orang pelajar lelaki.
Pada sesi awal kelas pembelajaran, petugas NADI memberi penerangan ringkas mengenai bahagian utama komputer seperti monitor, papan kekunci dan tetikus. Petugas juga menerangkan fungsi setiap bahagian komputer tersebut kepada pelajar. Pada latihan kali ini, setiap pelajar berpeluang mempelajari dan membuat aktiviti pembelajaran secara online – Counting Fish dan Adventure Man Dungeon Dash – Letters di laman web abcya.com. Pelajar diminta untuk membuat latihan secara individual di komputer masing-masing.
Kemudian, pelajar diminta untuk berkumpul di skrin utama dimana mereka perlu membuat latihan pembelajaran secara berkumpulan. Petugas NADI menggunakan applikasi digipuzzle.net dan pilihan topik pada sesi kali ini adalah latihan operasi tambah. Petugas NADI memberi tunjuk ajar cara mengira dengan tepat dan cepat.
Seterusnya sesi diakhiri dengan aktiviti tambahan tayangan video - Omar dan Hana, Didi & Friends. Semua pelajar diminta bersama-sama untuk melakukan aktiviti nyanyian dan senaman ini bersama petugas NADI untuk meningkatkan semangat serta keberanian mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: