Latihan Pemantapan ICT_Editing Gambar dan Kahoot
9 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada 08 September 2024 (Ahad) – NADI Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan sesi pembelajaran ICT untuk pelajar yang merupakan ahli NADI. Pada kali ini pelajar mempelajari cara mengubah gambar menggunakan perisian secara atas talian dan ianya percuma. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang dan disertai oleh 6 orang pelajar perempuan.
Pada permulaan sesi, petugas NADI memberi penerangan dan tunjuk ajar cara menggunakan applikasi remove.bg. Kemudian, pelajar diminta untuk membuka kamera komputer dan memuat naik gambar ke dalam applikasi tersebut untuk membuang background asal dan seterusnya menambah background kegemaran mereka. Peserta boleh memilih background yang disediakan atau mencari gambar yang lebih menarik di google images. Peserta diberikan masa untuk melengkapkan tugasan dan petugas NADI memberikan penilaian kepada setiap gambar yang dihasilkan.
Bagi sesi kedua, peserta diminta untuk menjawab soalan kuiz secara online. Petugas menggunakan applikasi kahoot dan memilih topik – Kuiz Trivia Malaysia dan Malaysiaku Merdeka. Melalui kuiz ini, dapat menguji pengetahuan pelajar dan meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan applikasi terkini. Pelajar dapat melihat jumlah markah mereka dan nama 3 orang pelajar yang mendapat markah tertinggi akan dipaparkan di skrin utama setelah selesai menjawab kesemua soalan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: